Tanpa judul

“Alkohol” atau juga lebih dikenali sebagai minuman keras merupakan sejenis minuman yang dapat memabukkan. Walaupun begitu, pada sesetengah kes, alkohol juga dapat digunakan untuk tujuan perubatan. Masalah akan berlaku sekiranya alkohol disalahgunakan seperti pengambilan alkohol secara berlebihan, menggunakan alkohol sebagai jalan untuk keluar dari masalah, bersukaria memabukkan diri dengan alkohol dan sebagainya. Dengan melakukan perkara-perkara seperti di atas, kita akan mengundang masalah yang lain yang sangat mengancam kesihatan kita seperti ketagihan alkohol. Ketagihan alkohol merupakan satu penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan fizikal, tingkah laku dan emosi peminumnya.Bagaimana Alkohol Mempengaruhi kita

Apabila seseorang itu meminum alkohol, ia akan terus bertindak ke atas sel-sel otak peminum tersebut dengan meransang otak mereka sebelum mengganggu fungsinya sehingga menyebabkan gangguan kepada penglihatan, ingatan dan lain-lain. Seterusnya, pengambilan alkohol sebanyak 2-3 gelas dalam masa sejam sahaja sudah cukup membuatkan seseorang itu tidak stabil. Kesan pengambilan alkohol sememangnya memberikan kesan yang buruk terhadap kesihatan diri peminumnya dan juga orang lain.Kesan Ketagihan Alkohol (Fizikal)

Merosakkan tindak balas refleks, mental dan fizikalBarah otak, lidah, mulut, esofagus, larink dan pundi kencingMerosakkan organ hati seperti sirosis, steatosis dan hepatitisUlser dan gastritisKecederaan pada otak serta masalah sarafBerlaku masalah jantung serta tekanan darahKekurangan zat makanan dan terjadi gangguan dalam perutObesitiMasalah seksual

Seperti yang dapat kita lihat, kesan alkohol sememangnya memudaratkan diri kita sendiri. Tambahan pula, ia juga mampu membahayakan keluarga kita. Bayi yang lahir daripada keturunan yang mengamalkan pengambilan akohol juga akan turut terpengaruh dengan Simptom-Simptom seperti berikut.Kepala kecilKurang tinggiMasalah jantungMasalah pembelajaranKekurangan berat badanKecacatan kaki, tangan serta sendiKoordinasi yang lemahIngatan lemah

Adakah anda sanggup merosakkan kehidupan anda dan anak anda? TCM pasti jawapannnya adalah “TIDAK”. Jadi, dengan itu, ingin TCM ingatkan sesuatu kepada mereka yang mengalami masalah ketagihan alkohol ini. Sebelum anda minumnya, ingatlah akan semua kesan buruknya yang mampu ia lakukan terhadap anda dan orang yang anda sayangi. Di sini, TCM ingin kongsikan beberapa langkah yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah ketagihan alkohol ini.Langkah2 Pencegahan

Cari aktiviti lain bagi menenangkan diri, serta elakkan dari mengambil alkoholMelakukan aktiviti yang sihat seperti jogging, berbasikal dan juga bersenamSedar diri sebagai “role model” kepada anak-anak dan sentiasa menunjukkan perbuatan yang positif untuk mereka ikutiSelalu mengingatkan diri akan kesan-kesan buruk pengambilan alkoholBelajar untuk menguruskan tekanan dengan cara yang betulRawatan Alternatif : THETOLE

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

Sihat Bersama TCM

Posting Komentar

Lebih baru Lebih lama

Formulir Kontak